KALIGRAFI BISMILLAH

HOME| ARTIKEL| KATA MOTIVASI |HADIST
Selamat Datang di BLOG IQRA PRESS Blog ini dibuat sebagai wadah/ Mading/Curahan Hati, pikiran serta Idea-Idea yang memajukan bagi ummat Islam dalam hal Informasi, Motivasi, Saduran dan Gambar dll, guna memajukan serta menigkatkan peranan ummat Islam dalam segi Ilmu, Ekonomi, Hukum, Media dan Syariat menuju Ridho Illahi sehingga kEJAYAAN MASA EMAS ISLAM akan kembali/ Bangkit.... Sebagai forum ukhuwah umat Islam dan mempererat talisilahturahmi umat muslimin seIndonesia.

Sabtu, 09 Oktober 2010

UMMAT ISLAM MALAS MEMBACA..?

  Ummah Islam malas membaca!

Adakah anda terkejut dengan kenyataan saya ini? Atau anda marah kerana memberi gambaran yang negatif terhadap ummah Islam? Tenang. Lihat dulu fakta berikut. Di sini saya ingin berkongsi fakta dengan anda tentang tahap budaya membaca ummah Islam khususnya di negara-negera Arab berbanding negara Jepun dan Eropah. Statistik ini saya petik daripada Majalah Solusi keluaran Isu 18. Kajian ini telah dibuat oleh Dr. Raghib al-Sirjani. Hasil kajian beliau seperti berikut;

Jepun : 40 buah buku setahun
Eropah : 10 buah buku setahun
Arab : 20 HELAIAN BUKU SETAHUN!

Bagaimana pula di negara kita, Malaysia sebuah negara Islam di rantau Asia Tenggara. Kajian yang telah dibuat pada tahun 2005 menunjukkan budaya membaca dalam masyarakat kita membaca 2 BUAH BUKU SETAHUN! Jenis-jenis bacaannya pula seperti berikut;

Surat Khabar : 77.4 %
Majalah : 3 %
Buku : 3 %
Komik : 1.6 %

Nah, apa yang dapat anda simpulkan tentang perkara ini?
Sepatutnya, dalam kalangan umat Islam budaya membaca ini adalah yang paling tinggi. Ini kerana wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad ialah berkaitan dengan perintah MEMBACA.

Firman Allah (maksud):
"Bacalah dengan nama Rabbmu yang telah menciptakan" (al-'Alaq:1)
Tidak dinafikan budaya membaca ini berkait rapat dengan budaya ilmu. Kerana itulah dikatakan 'membaca jambatan ilmu'. Lihatlah kemunculan tamadun-tamadun manusia yang pernah menguasai beberapa bahagian sudut di dunia ini suatu ketika dahulu. Masyarakatnya merupakan masyarakat yang membaca dan tinggi keilmuannya.

Tamadun Mesir telah meninggalkan budaya membaca/ilmu mereka pada tulisan-tulisan yang terpahat pada dinding-dinding piramid yang sehingga kini belum mampu dihuraikan sepenuhnya oleh pakar arkeologi dan saintis. Tamadun China muncul dengan terciptanya kertas. Tamadun Yunani melahirkan ramai golongan filosofi. Tamadun India kaya dengan nilai kesusasteraannya yang dirakam dalam kitab-kitab agama mereka. Malah, suatu ketika dahulu Tamadun Islam turut muncul dengan kemuncak ilmuannya yang tinggi. Bayangkan, tatkala tentera Tartar pimpinan Hulagu Khan merempuh kota Baghdad ketika itu menyaksikan dunia Islam telah mengalami 'kiamat' ilmu. Apa tidaknya, ratusan ribu naskhah buku dari dalam Baitul Hikmah telah diangkut keluar oleh tentera Hulagu untuk dibuang ke dalam sungai Furat untuk dijadikan jambatan bagi menyeberang ke seberang dalam misi ketenteraannya. Bayangkan buku dijadikan jambatan!

Jika dulu, masyarakat Islam sibuk dan gemar berbicara tentang judul-judul buku/kitab yang terbaru yang dikarang oleh ulama mereka. Namun kini, umat Islam pula sibuk dan gemar berbicara tentang kereta, fesyen terbaru, sukan bola sepak, lagu-lagu hit terkini dan sebagainya. Tidak nampak keterujaan mereka untuk memiliki buku terbaru setiap bulan. Membicarakan buku-buku terkini di warung-warung kopi atau di lobi-lobi hotel. Masih jauh lagi untuk melihat suasana ini dalam kalangan umat Islam. Sayang, kadar celik huruf di negara kita antara yang tertinggi di dunia, namun kepandaian membaca itu belum mampu dimahirkan untuk menjadi budaya membaca.

Tidak ada komentar: